suria

Tetamu terlopong pelamin runtuh, pengantin lelaki gugup fikir belum akad nikah... Reaksi tok kadi buat ‘mini love’ memang lucu!

Tetamu kecoh apabila sebahagian pelamin perkahwinan pasangan itu runtuh.

LAGU Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi Azie sering menjadi pilihan kaki karaoke.

Secara literalnya tiada siapa yang inginkan perkara itu terjadi ketika hari bahagia mereka.

Namun malangnya apabila insiden sebahagian daripada dekorasi pelamin majlis pernikahan pasangan pengantin ini roboh pada 28 Mei lalu.

Kejadian yang berlaku beberapa saat sebelum Muhammad Luqman Hakim Zaihan dinikahkan dengan pasangan, Norfatin Asilah Zahid itu meraih lebih setengah juta tontonan apabila ia dikongsi ke media sosial pada Isnin.

Ketika dihubungi mStar, pengantin lelaki yang mesra disapa Luqman berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menganggap kejadian itu sebagai kenangan unik dalam majlis perkahwinannya.

"Masa tu tengah nak akad nikah. Tiba-tiba ada orang menjerit. Saya dah pelik, kenapa orang menjerit? Rupa-rupanya sebahagian panel pada pelamin jatuh. Panel itu jatuh dengan langsir dekorasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancang Perkahwinan 'Buat Hal' Lagi, Reka Pelamin 'Yuna Tak Yuna Sangat'

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu

"Di belakang tu ada kipas, mungkin angin yang menolak panel sampai ia terjatuh. Masa tu saya jadi terkedu, tak tahu nak cakap apa. Dalam fikiran saya, lafaz akad nikah lagi seram.

"Walaupun fokus terganggu, saya berlatih dua tiga kali, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah bergelar suami.

"Pada masa tu, keluarga tolong betulkan. Kemudian pihak bridal pun datang baiki. Mereka cepat-cepat datang.

pelamin5

Pasangan ini berkenalan kira-kira tujuh tahun lalu.

"Saya pun tiada masalah dengan mereka, sebab ia benda kecil saja. Tak nak la moody pada hari perkahwinan, nak happy je," ujarnya berseloroh.

Biarpun majlis itu berlangsung pada hujung Mei lalu, Luqman tidak menyangka video yang dikongsikannya meraih lebih 600,000 tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Isnin.

Kata Luqman yang berusia 27 tahun, sebaya dengan isterinya, dia terhibur membaca pelbagai komen netizen termasuklah pasangan pengantin yang pernah berhadapan kejadian sama pada hari bersejarah mereka.

Walaupun fokus terganggu, saya berlatih dua tiga kali, Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya dah bergelar suami.

LUQMAN

"Saya letak di TikTok, bangun pagi tengok dah beratus ribu tontonan. Saya baca komen, nampaknya ramai yang terhibur. Ada juga yang kata pelamin runtuh sebab bekas kekasih saya yang berdoa macam tu.

"Saya tak ambil hati baca komen netizen... tak ambil hati. Saya faham mereka bergurau. Selain tu, ada juga orang yang berkongsi pengalaman sama, ramai juga yang pernah kena kejadian macam tu.

"InsyaAllah lagi dua minggu majlis belah lelaki pula akan berlangsung di Johor Bahru. Saya harap tak berulang macam kejadian di Segamat hari tu.

pelamin65

Luqman anggap kejadian itu sebagai kenangan yang pasti tidak akan dilupakan.

"Kalau tak, dua kali la viral. Saya pun kongsi video itu sebagai kenangan. Mak pun cakap macam tu, dia kata kenangan ni boleh cerita kat orang," ujarnya.

Untuk rekod, Luqman dan isteri berkenalan ketika mereka sama-sama mengikuti pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus Pasir Gudang, kira-kira tujuh tahun lalu.

Luqman yang juga jurufoto perkahwinan turut berkongsi pengalamannya apabila dia kali ini perlu bergaya dihadapan kamera, sebagaimana pengantin yang menjadi pelanggannya sebelum ini.

pelamin1

Antara komen netizen.

"Saya dah lima tahun jadi wedding photographer. Biasa saya ambil gambar pengantin, kali ini saya pula yang jadi pengantin. Mula-mula rasa agak pelik, rasa tak tahu nak buat apa.

"Tapi dari segi nak posing tu, Alhamdulillah tiada masalah sangat sebab saya dah biasa terlibat dengan wedding phososhoot sebelum ini.

"Cuma saya rasa pelik, kali ini saya yang pakai baju pengantin dan jadi tatapan orang," ujarnya ketawa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan