IBU bapa yang pernah melalui pengalaman anak hilang di tempat awam pasti melalui mimpi ngeri! Jadi pilihan terbaik baik untuk mengelak perkara sama berlaku adalah dengan penggunaan safety harness atau tali keselamatan yang dipakai di pergelangan tangan anak terutamanya bagi si kecil yang aktif. Namun di Malaysia pemakaian safety harness masih mengundang pandangan skeptikal dalam kalangan masyarakat yang tidak faham tentang kepentingannya. Contoh child safety harness atau tali keselamatan digunakan oleh ibu bapa. Menerusi luahan Nazza Hamat di Facebook, dia kecewa apabila langkah keselamatan yang diambil untuk keselamatan anaknya dipandang serong segelintir pihak. “Semalam saya pergi shopping mall pakaikan anak tali macam ni. Saya tahu perangai anak saya, dia tak suka orang pimpin tangan... suka jalan sendiri. Kalau kami lepaskan tangan dia, tak sampai dua saat lari serupa lipas kudung. “Semua orang tengok semalam, tapi tengok dengan pandangan yang pelik... tak tahu kenapa. Mungkin mereka fikir kami agak melampau dengan ikat anak macam tu. Ramailah juga gelakkan saya semalam,” tulisnya pada hantaran tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: CCTV rakam kebaikan! Tersentuh hati tengok ‘pak guard penyayang’ bawa anak ke tempat kerja, ves dijadikan alas dan selimut ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hempas pinggan gara-gara kasut raya mahal, pendakwah menangis dapat tahu ibu gadai cincin emas demi anak Cerita Nazza lagi, ada juga yang bersikap kurang ajar apabila dia terdengar kata-kata individu yang beranggapan tindakannya menggunakan tali keselamatan kepada anak adalah seperti mengikat haiwan. “Yang tak boleh terima ada sorang lelaki tu, bukan main kuat dia gelak. Adalah terdengar dia cakap dah macam ikat menate (binatang) dah. “Saya rasa nak cili saja mulut dia terlalu kurang ajar. Dah tua kut dia bukan budak, mulut jahat. Posting asal yang menjadi tular. “Saya beritahu suami, dia cakap ikut dialah. Kalau anak kita hilang bukan dia tolong cari pun. Kita yang menangung sengsara,” jawab suami menenangkan isteri. Ujar wanita ini, pengalaman kehilangan anak sebanyak dua kali sebelum ini cukup mematangkannya. Namun dia kesal dengan sikap masyakarat yang masih tidak cakna dan perhatian mengenai kisah kehilangan anak di tempat awam sebelum ini. Pandang macam kita mak bapa jahat, pentingkan diri... kalau anak saya hilang kamu nak tolong cari ke? NAZZA “Cukuplah anak saya dah dua kali hilang. Tak sanggup dah nak lalu benda yang sama, mahu jadi gila saya nanti. “Tak tahulah kan masyarakat kita ni, payah sangat nak ambil iktibar daripada pengalaman orang lain. Dah ramai kut yang share pengalaman anak hilang, pemikiran kuno sangat. Cuba open minded sikit,” ujarnya lagi. Jelas Nazza lagi dia lebih sanggup menggunakan safety harness berbanding berhadapan dengan situasi kehilangan anak. “Dekat negara barat benda macam ni dikatakan wajib dah bagi mereka. Kita saja dekat Malaysia orang akan pandang kita jelik. Komen netizen di Facebook. “Pandang macam kita mak bapa jahat, mak bapa yang pentingkan diri. Kalau anak saya hilang kamu nak tolong carikan ke? “Baiklah saya buat macam ni daripada menyesal kemudian hari. Yang ketawakan saya semalam, satu hari nanti anda ada anak jagalah anak baik-baik. Jangan anak dah hilang menyesal sepanjang hayat. “Menangis air mata darah sekali pun dah tak guna dah,” katanya. Posting asal ini menjadi tular pada 2017 dan kini kembali menjadi viral setelah dikongsikan semula oleh warga maya di media sosial. Rata-rata netizen menyokong langkah diambil oleh wanita tersebut dalam memastikan keselamatan anaknya lebih terjamin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI