BERGELUT dengan kesukaran meneruskan kehidupan menyebabkan ada individu memilih media sosial sebagai tempat untuk melepaskan tekanan. Tanpa mendedahkan identiti sebenar, mereka bebas menggunakan media sosial untuk membuat luahan rasa, berkongsi cerita dan berkenalan dengan individu lain yang mungkin senasib. Terbaharu, tular satu grup Facebook dikenali sebagai 'Suami Isteri Terabai 2.0' yang menghimpunkan lebih 100,000 ahli dari seluruh Malaysia. Netizen akui risau melihat ahli kumpulan itu yang seolah-olah sudah hilang rasa malu. "Untuk yang terabai sahaja. Happy-happy notty-notty (naughty) untuk yang terabai," tulis pengendali grup itu. Apa yang membimbangkan, segelintir ahli yang terdiri daripada golongan suami dan isteri berkongsi pelbagai cerita yang tidak molek menerusi laman berkenaan. Antara yang meraih perhatian tentunya perkongsian seorang suami yang mendakwa isterinya tidak memberi sebarang respons setiap kali bersama. Ramai betul terabai sampai 100,00 ahli. NETIZEN "Kenapa bila bersama, isteri diam macam pokok pisang? Dia cuma senyum je. Saya bukan nak suruh dia jerit. "Tapi rasa macam, entahlah, macam tiada aura sensasi langsung. Tolong bagi tip," tulis pemuda itu. Selain itu, ahli-ahli lain turut membuat luahan apabila mendakwa mereka diabaikan pasangan masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai Perubatan junior dakwa banyak skandal seks di hospital... Isteri mangsa curang tampil sahkan dakwaan ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah Perkongsian berkenaan disambut pula dengan respon ahli-ahli kumpulan itu yang seolah-olah menggalakkan pergaulan bebas dalam kalangan mereka yang telah berkahwin. Malah, ada juga ahli termasuk wanita pertengahan usia yang memuat naik foto mereka tanpa rasa malu ke platform itu. Namun, ada juga ahli yang sekadar berkongsi nasihat dan menyampaikan perkara positif menerusi laman itu. Tangkap layar perkongsian yang dibuat ahli kumpulan itu. Dalam pada itu, kisah mengenai grup Facebook berkenaan turut ditularkan menerusi laman X sehingga ramai netizen meluahkan rasa jijik dengan perbuatan segelintir ahli-ahlinya. "Tak silap aku, biasanya grup macam ni kan, dia macam grup swinger (tukar pasangan). "Kalau rasa terabai, pergi je la mahkamah. Buat cara yang berakal. Bukannya jadi sundal. "Ramai betul terabai sampai 100,00 ahli," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube