suria

Perempuan tak minta banyak daripada pakwe! Wanita ajar lelaki cara tunjuk rasa cinta, 'wajib' tanya khabar walau penat

Wanita mempunyai jiwa yang mudah tersentuh dan sering memerlukan perhatian pasangan. -Gambar hiasan

KETIKA di fasa awal hubungan percintaan, semuanya pasti dirasakan manis dan menyenangkan.

Lama kelamaan, hubungan yang terjalin sudah pasti dilanda ujian serta masalah dan ketika itu semakin hilanglah ungkapan atau tindakan romantis.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang wanita memberi nasihat dan peringatan untuk golongan lelaki yang mahu hubungan percintaan berkekalan.

Komunikasi antara pasangan penting dalam setiap hubungan. -Gambar hiasan

Dia berpandangan, lelaki wajar mengambil tahu serba sedikit tentang aktiviti harian pasangannya walaupun penat bekerja kerana itulah yang dimahukan golongan wanita dalam perhubungan.

"Kalau penat nak mesej sekali pun, aku cuma minta satu je. Sebelum tidur dalam lima minit, tolong tanya macam mana hari aku berjalan. Itu je yang aku nak dalam hubungan ni, tak banyak pun.

"Aku tak kisah kalau dia tak sempat nak ucap selamat pagi atau tanya dah makan ke belum, tapi sekurang-kurangnya dia masukkan aku ke dalam kehidupan dia. Update aku tentang apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat nak ‘dating’, wanita bersiap sejam awal! BF terkejut nampak GF tercegat tepi jalan... Netizen puji pasangan tepati masa

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali keluar ‘dating’, wanita marah-marah dijemput naik Myvi... Geram tiada Mercedes! - “Aku tak suka kereta ni!”

"Contohnya, beritahu dah selamat sampai pejabat dan maklumkan aku macam mana kerja dia hari tu. Kemudian malam kita call sekejap, itu saja yang aku perlukan daripada seorang lelaki.

"Aku ni sebagai perempuan, jumpa kucing tepi jalan yang sombong pun aku akan cerita dekat pasangan. Kenapa aku tak boleh dapat energy yang serupa?" soal wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyelar golongan lelaki yang tidak mampu meluangkan sedikit masa bagi menunjukkan rasa prihatin terhadap pasangan.

Saya sebagai lelaki kurang setuju tentang call lima minit tu, biasanya terbabas sampai ke lewat malam.

WARGA MAYA

"Ramai betul lelaki yang 'melalak' (tak setuju), kalau kau rasa hidup tu terlalu sibuk, jangan gatal nak bercinta. Orang lain pun bekerja juga, tapi kalau dah sayang boleh je cari masa. Ingat satu benda, kita kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja.

"Sebenarnya perempuan ni sangat mudah, dia cuma perlukan untuk rasa disayangi. Dan perempuan kalau dah sayang, dia akan ambil berat pasal kau. Jadi hargailah benda tu, jangan sia-siakan.

Warga maya bertukar pandangan.

"Kalau lelaki tu memang niat dia nak berkahwin dengan awak, tak perlu ajar benda asas macam ni. Cukup dia tahu sendiri, kalau yang mudah pun dah gagal, bayangkan nanti macam mana nak pikul tanggungjawab lepas kahwin.

"Saya sebagai lelaki kurang setuju tentang call lima minit tu, biasanya terbabas sampai ke lewat malam, sebab tu kami penat nak melayan. Esok tu dah la kerja," kata sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain