TIDAK semua kediaman boleh ditafsirkan sebagai 'rumah' untuk seseorang. Mungkin ada mereka di luar sana yang keluarganya berantakan sehingga rumah cuma menjadi tempat mendengar suara-suara perbalahan dan pertelingkahan. Justeru, tidak wajar untuk kita cepat menghakimi seseorang yang mengambil keputusan duduk berjauhan daripada kedua-dua orang tuanya. Masalah dalam keluarga memang memeningkan kepala. -Gambar hiasan Melalui satu hantaran di laman X, seorang pemuda meminta pandangan adakah pilihan untuk meninggalkan kampung halaman merupakan keputusan yang tepat. "Betul ke kalau duduk serumah dengan ibu bapa kita akan lagi senang berdosa daripada duduk berjauhan? Ada yang pernah hadap situasi macam ni tak?" soal pemuda itu meminta buah fikiran warga maya. Dipercayai luahan pemuda itu berpunca daripada hubungan yang tidak serasi dengan ibu bapanya sehingga kerap berlaku perselisihan faham dan pergaduhan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak suka isteri jaga ibu sakit, suruh hantar ke pusat jagaan! Selamba gaduh, tunjuk kebencian depan mentua ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat” Disebut dalam Firman Allah di dalam Surah Al-Isra' ayat ke 23 dan 24: (23), bahawa seorang anak itu ditegah daripada berkasar terhadap ibu bapanya sekalipun dengan perkataan 'Ah'. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya masing-masing memberikan perspektif bagi mencari jalan tengah untuk isu tersebut. "Duduk serumah dengan ibu bapa ni adalah lubuk pahala bagi yang sabar, lubuk dosa bagi yang kurang sabarnya. Betul, memang lagi senang berdosa tapi lagi senang dapat pahala juga. Mereka yang ada keluarga bahagia susah faham benda ni, setiap kali raya semangat nak balik kampung, berbeza dengan segelintir kami ni. WARGA MAYA "Saya balik kampung raya hari tu pun dah tak boleh tahan, asyik kena bebel je dengan mak tentang kekurangan dalam hidup saya ni. Memang tangan ni dah 'ringan' rasa, sebab tu saya tak boleh duduk sekali dengan ibu bapa. "Saya kalau duduk sekali dengan ibu akan kerap perang mulut, tapi apabila duduk jauh dan sekali sekala call, lebih terasa sayang dan rindu tu. Jadi saya rasa duduk asing adalah jalan yang terbaik. "Benda ni bergantung kepada ibu bapa tu sendiri, kalau mereka sejenis yang suka cari pasal dan senang terasa dengan setiap kelakuan kita, memang kita akan tersepit," ujar sebahagian warga maya. Sebahagian ciapan balas warga maya. Seorang pelayar juga mengingatkan masyarakat untuk tidak memandang serong kepada mereka yang terjebak dalam situasi ini. "Mereka yang ada keluarga bahagia susah faham benda ni, setiap kali raya semangat nak balik kampung, berbeza dengan segelintir kami ni. "Jangan dikutuknya kami, anda tak melaluinya sekarang tapi mungkin anak, cucu dan cicit anda akan terkena," kata pelayar itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube