suria

Bos borong berbalang tart nanas, staf ‘angin’ sebab keras macam batu - “Memang dia kaya, jangan ambil kesempatan”

Peniaga kuih raya sepatutnya memeriksa produk sebelum menjual kepada pelanggan. -Gambar hiasan

MENJELANG sambutan 1 Syawal, kuih raya yang ditempah mula diedarkan kepada pelanggan.

Selain untuk dimakan sendiri, ada juga pelanggan yang membuat pesanan untuk diberikan kepada rakan mahupun sanak saudara.

Seperti wanita ini, dia menerima sebalang kuih raya daripada majikannya.

Bisnes atas talian mudah dipasarkan menerusi platform e-dagang dan media sosial. -Gambar hiasan

Bisnes dalam talian mudah dipasarkan menerusi platform e-dagang dan media sosial. -Gambar hiasan

Meskipun bersyukur dengan rezeki yang diterima, namun dia terkilan kerana kuih tart nanas tersebut tidak dapat dinikmati.

"Tart gulung tu bos saya beli bagi. Jem tu baling dinding tak pecah tau," luahnya.

Susulan itu, dia meminta golongan peniaga untuk bersikap jujur dalam menjalankan perniagaan kerana pembelian dibuat menggunakan wang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan Ramadan... Peniaga kuih raya ditimpa musibah, kereta hangus dijilat api - “Terkejut tiba-tiba bonet berasap”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita insaf boros beli kuih raya lebih RM1,000! Sudahnya jamu perut sendiri sampai berat badan naik 3kg - “Tetamu tak makan sangat pun”

Bukan itu sahaja, dia juga meminta supaya peniaga membuat semakan dan pemeriksaan produk terlebih dahulu sebelum menjualnya.

"Yang berniaga, tolonglah... orang bayar. QC (quality control) dulu, jangan fikir nak untung je.

"Bos saya beli bukan sebalang, berpuluh-puluh balang.

Sedihnya, sejenis berniaga tak buat macam untuk makan sendiri.

WARGA MAYA

"Memang dia kaya, jangan ambil kesempatan," tambahnya lagi.

Pada masa sama, dia membandingkan tart nanas yang dibuatnya sendiri dengan pemberian majikan.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, warga maya mula memberikan reaksi dan pandangan masing-masing.

Warga maya beranggapan peniaga terbabit menghasilkan sendiri jem kerana dikatakan terlebih gula.

Warga maya beranggapan peniaga terbabit menghasilkan sendiri jem kerana dikatakan terlebih gula.

Ada juga yang mula 'menyiasat' punca jem tart nanas menjadi keras berikutan warnanya yang kehitaman.

"Tengok warna jem tu macam dah terlebih masak. Sepatutnya tak boleh lebih dari 20 minit.

"Pelik orang tak pandai baker ni tapi nak menjual... bagilah jiran rasa dulu.

"Sedihnya, sejenis berniaga tak buat macam untuk makan sendiri. Saya pun kalau tart nanas memang saya memilih.

"Mesti jem buat sendiri... saya pernah buat sendiri, keras tu baling dinding pun tak pecah," ujar beberapa warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain