suria

Cinta beza agama, Jeffry Reksa akui sedang belajar tentang Islam supaya lebih memahami kekasih

Jeffry dan Putri saling memahami agama masing-masing.

PERCINTAAN antara pelakon muda Jeffry Reksa dan Putri Delina sering menjadi bualan peminat kerana kedua-duanya berbeza agama.

Dalam hal ini, Jeffry berharap netizen tidak masuk campur urusan cintanya dengan anak pelawak Sule itu kerana baginya memilih pasangan berbeza agama adalah kehendak sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta beza agama Rizky Febian dan Mahalini Raharja, Sule restu tapi dengan syarat jika mahu berkahwin

Jeffry bagaimanapun berkata dia kini sedang mempelajari ilmu berkaitan agama Islam supaya lebih memahami kekasihnya itu.

"Bagi saya netizen tidak perlu masuk campur urusan cinta kerana memilih pasangan berbeza agama atau tidak itu adalah mengikut kemahuan sendiri.

"Jika saya selesa bersama Putri pasti saya akan belajar lebih lagi tentang agamanya.

"Putri harus tahu tentang agama saya dan begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya harus faham supaya hubungan lebih baik," ujarnya dalam saluran Youtube Maia Aleldul TV.

Selain kisah mereka, percintaan antara abang kepada Putri iaitu penyanyi Rizky Febian dan Mahalini juga menjadi bualan netizen kerana perbezaan agama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jeffry Reska, Putri Dalina, Sule

Artikel Lain