suria

Tiga tahun bercinta, akhirnya Jefri Nichol kongsi foto cium kekasih... Ramai wanita luah patah hati

Jefri sudah tiga tahun bercinta bersama Maria Theadore. 

PELAKON Jefri Nichol akhirnya mendedahkan sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta bersama aktres Maria Theadore.

Jefri, 24, berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual selepas gambar Maria mencium pipinya menjadi bualan hangat peminat.

Menurutnya keserasian antara mereka membuatkan dia selesa menjalinkan cinta.

Jefri 1

Jefri berasa selesa dengan Maria Theadore.

“Saya bersama Maria sudah tiga tahun bercinta. Kami sudah saling mengenali dan dia adalah pilihan tepat,” katanya.

Mengulas tentang tindakan berkongsi gambar di media sosial, kata Jefri terlalu banyak foto dirakamkan bersama sebelum ini.

“Alasan saya berkongsi gambar adalah kerana banyak gambar kami bersama yang menarik dan lucu. Bagaimanapun saya tidak pernah muat naik sebelum ini.

“Rasanya rugi kalau tidak kongsi di media sosial,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol bekerja seawal usia 17 tahun, perlu tanggung keluarga selepas ibu bapa bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol hampir nikah muda, sekarang takut pula nak kahwin

Mariam sebelum ini juga turut berkongsi gambar mereka keluar makan berdua sekali gus memberi bayangan hubungan tersebut.

“Saya suka semua perkara tentang dirinya. Dia selalu menghabiskan makanan tanpa tinggal sedikit pun,” ucapnya.

Sementara itu menjengah di ruangan komen Instagram milik Jefri, ramai peminat wanita yang meluahkan kecewa dan patah hati.

Malah ramai juga yang tidak menyangka tengang hubungan tersebut kerana Jefri jarang berkongsi kisah peribadinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain