suria

“Sekejap on, sekejap off”... Peminat pun dah pening layan kisah cinta Shawn Mendes dan Camila Cabello

Shawn 1

PENYANYI Shawn Mendes tampil dalam satu rakaman podcast menceritakan mengenai perkembangan terkini hubungannya bersama Camila Cabello.

Kata Shawn, dia dan Camila masih mempunyai hubungan mesra, namun jarang kelihatan bersama kerana inginkan privasi.

“Saya dan Camila membuat kerja yang bagus dalam memelihara cinta kami antara satu sama lain secara privasi.

Shawn 1

Shawn dan Camila mahu hubungan mereka berjalan secara peribadi.

"Walaupun berjuta-juta orang yang tidak bersetuju dengan hubungan kami, namun kami sangat sukar untuk terpengaruh dengannya. Ini adalah cinta sejati antara saya dan dia. Camila seorang yang luar biasa," katanya.

Shawn memaklumkan perkara itu dalam satu sesi podcast bersama Jay Shetty pada Selasa.

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat berasa terkejut dengan pendedahan Shawn kerana mereka menganggap bahawa dua selebriti itu sudah tidak lagi mempunyai hubungan mesra.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tersedar tak sesuai sebagai kekasih, Shawn Mendes dan Camila Cabello berpisah buat kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Shawn Mendes akui hadapi masa sukar selepas berpisah dengan Camila Cabello

"Biar betul mereka masih bercinta? Bukankah sudah putus? Berapa banyak lagi mahu kembali semula?

"Mereka ini memang 'on off' bercinta ke? Peninglah!" luah mereka.

Untuk rekod, Shawn dan Camila pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2019 dan putus pada 2021.

Shawn dilaporkan kembali bersama Camila apabila mereka secara terbuka bercium di Festival Muzik dan Seni Coachella di California pada awal 2023 dan hanya mampu bertahan sehingga pertengahan tahun tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain