suria

Sukar terima kenyataan Marissa Haque sudah tiada, Ikang Fawzi pengsan 4 kali

Ikang turut sama menguruskan pengkebumian isteri.

KEHILANGAN isteri tercinta pasti memberi kesan mendalam buat penyanyi veteran asal Indonesia iaitu Ikang Fawzi.

Bagaikan sukar menerima kenyataan, Ikang dikatakan pengsan sebanyak empat kali sebelum isterinya iaitu Allahyarham Marissa Haque dikebumikan.

Seorang rakan kepada Ikang berkongsi perkara tersebut ketika hadir menziarahi jenazah pada Rabu.

ikang 2

Suasana pilu di rumah Ikang selepas isterinya meninggal dunia.

"Ikang sangat terkesan kerana cinta dan kasih sayang terhadap isterinya sangat mendalam.

"Saya dapat tahu dia pengsan sebanyak empat kali selepas isterinya meninggal dunia," katanya.

Marissa merupakan seorang pelakon, ahli politik dan juga pensyarah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya sekitar pukul 12.45 awal pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Marissa meninggal dunia secara mengejut, sempat minta lokasi tanah kubur untuk kebumi

ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth stabil selepas jalani pembedahan, penggambaran filem baharu terpaksa ditunda

Kematian Marissa disifatkan sebagai mengejut kerana dia sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada lewat petang Rabu di Tanah Perkuburan Islam Tanah Kusir, Jakarta.

Allahyarham sebelum itu juga sempat meminta agar jenazahnya dikebumikan di lokasi berkenaan sekiranya dia meninggal dunia agar berdekatan dengan keluarganya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain