Shahir AF8. - Foto THE STAR Oleh DARRAN TANRUPA-RUPANYA juara Akademi Fantasia AF8, Shahir, mempunyai pertalian keluarga dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Adibah Noor. Adibah berkata, dia hanya menyedari perhubungan keluarga itu apabila keluarga Shahir menghubungi ibunya selepas konsert AF8 berakhir. "Datuk saya adalah adik beradik dengan moyang dia. Jadi lebih kurangnya dia macam pangkat anak saudara saya," katanya kepada mStar Online. Adibah menegaskan, dia bukan ingin menumpang populariti Shahir dengan pendedahan itu.Cuma dia sekadar mahu memaklumkan Shahir adalah saudara bau-bau bacang. Mengenai perkembangan terbarunya, Adibah memberitahu, album keduanya berjudul Teman mulai dijual pada 30 Mac lalu. Katanya, sebanyak 5,000 unit album dihasilkan tetapi dia tidak tahu sejauhmana respons terhadap album tersebut. Setakat ini, lagu dalam album tersebut yang telah memasuki carta Muzik-Muzik ialah Sejujur Hatimu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Adibah Noor sendiri. Adibah berkata juga turut berlakon dalam filem Crayon The Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi.