suria

Aziz M.Osman Balik Kampung Lily

- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

PENGARAH filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, teruja menyambut Hari Raya tahun ini kerana buat julung kali dapat beraya di Melaka dengan suasana kampung.

Menurutnya, kehidupan dia menjadi lebih bermakna selepas berkahwin dengan Puteri Lily Lokman, 21, pada Jun lalu.

"Saya akan beraya di Melaka yang merupakan kampung halaman Lily buat pertama kali. Selepas berumur 48 tahun baru saya dapat beraya di kampung.

"Saya beruntung dapat beraya di Melaka dengan suasana kampung yang sebenar. Ini kerana saya berasal dari Singapura," katanya kepada mStar Online.

Aziz sudahpun membuat perancangan bersama isteri tersayang untuk meluangkan masa dengan keluarga masing-masing.

Pada tahun ini Aziz akan menyambut Hari Raya bersama ibunya.

Selepas itu kami akan berkunjung ke rumah keluarga Lily.

Selepasm dikurniakan enam cahaya mata Aziz tetap berhasrat untuk mendapat anak selepas berkahwin dengan Lily.

Dalam perkahwinan yang terdahulu, Aziz mempunyai enam orang anak iaitu Puteri Nurul Fatehah,20, Puteri Nur Asyiqin,15, Putera Mohd Aiman,13, Puteri Nur Aisya,9, Puteri Nur Ain,7, dan Putera Mohd. Ameen,5.

Mengenai perkembangan terbaru seninya, Aziz berkata dia telah meninggalkan syarikat produksi AceMotion Pictures kerana masalah peribadi.

Aziz merupakan pengarah syarikat tersebut dan sekarang sedang bercadang untuk menubuhkan produksi baru.

Artikel Sebelum

Yana Menyanyi Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain