Zizan Nin sambut Hari Raya tahun ini dengan dua pengalaman baru.BERCERITA tentang pengalaman menarik Aidilfitri kali ini, pelakon kacak Zizan Nin, 30, juga tidak terkecuali mahu berkongsi cerita menarik itu.Menurut Zizan, sambutan Lebaran tahun ini punya makna tersendiri dan memberikan dua pengalaman baru. Pertama, Syawal kali ini merupakan pengalaman pertama buat Zizan sebagai suami. Dengan status baru itu, Zizan mengakui pastinya sambutan pada tahun ini lebih bermakna setelah enam bulan mendirikan rumah tangga bersama penyampai berita ntv7, Fazilah Hani Harun, 30."Hari Raya tahun ini cukup istimewa dan memberikan makna yang tersendiri buat saya. Saya bakal menyambut Hari Raya dengan pengalaman baru sebagai suami."Jika sebelum ini, saya beraya sebagai orang bujang tapi tahun ini lebih manis sebab saya sudah beristeri pada Hari Raya kali ini," katanya.Namun, di sebalik kemanisan pengalaman baru itu, Zizan turut mengakui sambutan Aidilfitri kali ini memberi satu pengalaman sedih buatnya. Tahun ini adalah kali pertama Zizan dan keluarganya menyambut Hari Raya tanpa insan bergelar ibu.Walaupun dia gembira kerana dapat beraya bersama isteri, jauh di lubuk hatinya terpalit juga kesedihan kerana terpaksa menyambut Syawal tanpa ibu tercinta, Bibi Kalsom Md Sidek yang telah pulang ke rahmatullah pada 1 Oktober 2009."Walaupun Syawal ini adalah pengalaman pertama saya beraya dengan isteri tetapi saya sedih juga sebab Hari Raya ini adalah tahun pertama tanpa ibu yang sudah eninggal dunia pada 1 Oktober tahun lepas."Apa pun, saya reda dan akan pulang ke kampung halaman di Sabak Bernam pada sebelah petang Hari Raya pertama untuk menziarahi pusara ibu," katanya yang menempah dua pasang baju Melayu.Memandangkan ibunya sudah pergi menghadap Ilahi, Zizan memutuskan untuk menyambut pagi Syawal di rumah keluarga mertuanya di Kuala Lumpur sebelum bertolak pulang ke kampungnya pada sebelah petang.Zizan yang sedang sibuk dengan sesi latihan pementasan Muzikal Tun Mahathir hanya akan bercuti Raya selama empat hari sebelum kembali bekerja untuk latihan teater itu.