PETALING JAYA: Pelakon Ijoy Azahari, 36, dimasukkan ke Hospital Gleanegles, Ampang, Kuala Lumpur, sejak Ahad lalu kerana dijangkiti demam denggi.Ijoy yang dihubungi mStar Online petang Rabu, di sini, memberitahu dia dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis (hari ini). “Saya dimasukkan ke hospital kerana disahkan mendapat demam denggi setelah menjalani ujian darah pada Ahad lalu.“Pada mulanya, saya ingatkan hanya demam biasa tetapi setelah mendapat tahu saya dijangkiti denggi, saya agak terkejut. Bagaimanapun, doktor mengesahkan ia hanyalah denggi biasa,” kata Ijoy.Tambahnya: “Saya tidak pasti bagaimana saya dijangkiti denggi. Yang pasti, badan saya mula berasa tidak selesa dan lemah sejak 1 Disember lalu. Selepas itu, saya terus demam.”Namun begitu, doktor menasihatkan Ijoy untuk berehat selama seminggu sebelum memulakan karier seni seperti biasa.Suami aktres Sharifah Shahira ini turut memberitahu terpaksa menangguhkan penggambaran drama Di Mana Isteriku buat masa ini.