suria

Kurus macam dulu, Sufian Suhaimi belum putus asa - “Saya tak kisah nak naik berapa kilo asalkan penampilan sesuai”

Sufian masih berusaha untuk menaikkan berat badan.

SETELAH bertahun-tahun memasang niat untuk menaikkan berat badan, penyanyi Sufian Suhaimi nampaknya masih gagal menyempurnakan angan-angannya itu.

Ujar Sufian, untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diimpikannya itu bukan perkara mudah kerana perlu lebih teliti soal pemilihan makanan selain sering gagal menjaga waktu makan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tunjuk awak kecewa? Nak bagi si dia rasa bersalah ke?” - 'Makcik Instagram' tegur imej selekeh Sufian Suhaimi

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang itu pun dah nak ada baby” - Sufian Suhaimi beri pengajaran kepada netizen, harap berhenti ungkit kisah dengan Elfira Loy

"Sebenarnya plan untuk naikkan berat badan tu dah ada bertahun-tahun... tapi tak berjaya nak buat.

"Mungkin sebab saya uruskan kehidupan seharian sendiri... jadi nak jaga makan setiap hari tu susah. Selama ni pun saya selalu je terlepas breakfast atau lunch.

Sufian Suhaimi sudah lama menyimpan hasrat untuk berbadan sasa.

"Saya tak kisah nak naik berapa kilo sekalipun asalkan penampilan itu sesuai dengan saya," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Sufian memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru mencuba kerjaya dalam bidang lakonan ketika ini kerana lebih selesa untuk menyanyi.

Bagaimanapun kata Sufian dia sedia mempertimbangkan tawaran lakonan sekiranya memiliki kelapangan waktu selain watak yang menarik.

"Sebenarnya saya dah berlakon dua kali. Satu telemovie Bayang dengan Elisya Sandha, satu lagi drama untuk Aku Tak Raya. Selepas ini InsyaAllah, ada beberapa drama, filem dan telemovie.

Sebenarnya plan untuk naikkan berat badan tu dah ada bertahun-tahun... tapi tak berjaya nak buat.

SUFIAN SUHAIMI

Penyanyi

"Tapi saya tak mahu terburu-buru sebab saya sebenarnya lebih selesa dalam bidang nyanyian. Muzik adalah minat saya sejak daripada zaman sekolah lagi tetapi lakonan juga bukanlah sesuatu yang asing buat kerana saya merupakan pelakon teater semasa belajar sebelum ini.

"Kalau berlakon ini tengok keadaan... apabila berkelapangan atau ada tawaran menarik yang sesuai mungkin saya akan buat," katanya.

Sufian Suhaimi

Artikel Lain