GAYA pemakaian tudung Liyana Jasmay yang unik sering menerima kritikan netizen sejak pelakon ini membuat keputusan untuk berhijab sejak tiga tahun lalu. Terbaharu, fesyen tudung aktres ini menerusi drama berjudul Tolong Saya Encik Dinosaur yang dilihat seperti memakai snowcap sekali lagi menerima kecaman. ARTIKEL BERKAITAN: Nak nasihat atau sindir?- Lisa Surihani kecewa gaya Liyana Jasmay terus dikecam ARTIKEL BERKAITAN: Imbau kenangan 10 tahun lalu, Liyana Jasmay persoal filem kini kurang emosi “Hanya tembak-menembak, berlawan, seram dan berlumba” Menurut salah seorang pengguna Twitter dengan tweethandle @xxxbyefelicia Liyana tidak seharusnya mengenakan hijab jika dia tidak bersedia. "Sebenarnya tengok tayangan perdana 30 minit tu not bad... macam best juga. Liyana berpendapat penampilannya itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana soal menutup aurat adalah bersifat peribadi buatnya. "Cuma tajuk saja pelik dan Liyana Jasmay kalau tak bersedia nak bertudung tak payah la. "Kaedahnya dalam cerita ni ala-ala jadi emo berhijab lepas tanpa pin. Oh ya, dia yang arahkan drama tu sebab tu dia heroin okay," tulisnya. Enggan berdiam diri, Liyana, 32, berkata, penampilannya itu bukanlah suatu isu yang perlu diperkatakan memandangkan ianya bersifat peribadi buat pelakon itu. Malah, Liyana juga menganggap individu berkenaan tidak mengetahui apa-apa mengenai fesyen. "Cara saya pakai hijab tak macam cara konvensional awak pakai, itu bukan urusan kamu. "Saya nak pakai hijab atau tidak, pun bukan urusan kamu. Ia sesuatu yang sangat peribadi. Saya nak pakai hijab atau tidak, pun bukan urusan kamu. Ia sesuatu yang sangat peribadi. LIYANA JASMAY PELAKON "Ouh dan lagi satu, awak tak tahu apa-apa fasal fesyen! #SOKAMPUNG," tulisnya. Gara-gara menggunakan tanda pagar #SOKAMPUNG itu juga, Liyana turut menerima pelbagai kecaman apabila netizen menyifatkan tindakannya itu seperti kebudak-budakan yang tidak mengakui kesilapan sendiri. "Awak ni umur 12 tahunkah? Sangat tak matang. "Cara Liyana Jasmay ni reply pun dah tahu tahap artis yang macam mana... suam-suam kuku tapi berlagak gila. "Fesyen zaman sekarang adalah fesyen yang menimbulkan kehairanan dan kontroversi. Lagi banyak perhatian, lebih 'rad'," tulis netizen. Liyana Jasmay sebelum ini pernah berdepan kontorversi sama apabila dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut hadapannya pada April tahun lalu.