suria

Ruhainies masuk hospital akibat keracunan makanan, minta keluar kerana mahu sambung kerja

Ruhainies alami keracunan makanan.

GARA-GARA mengalami keracunan makanan, pelakon Ruhainies terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ruhainies, 29, dia mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengalami sakit perut dan muntah-muntah teruk.

"Hanya tuhan tahu apa saya rasa sekarang ini... saya alami keracunan makanan minggu lalu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Jambangan bunga duit RM1,500 kejutan Ruhainies buat ibu - “Kalau ikutkan setiap tahun saya bawa pergi kedai emas”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhaines nampak macam tak pakai seluar, dituduh tak malu menari dengan abang ‘delivery’ - “Sebab suntingan nampak warna seluar berbeza”

"Doktor minta saya berehat di hospital lebih lama tapi saya tolak kerana perlu menyelesaikan tugas penggambaran... orang macam kami ni cuti sakit tak ada nilai tau.

"Alhamdulillah, hari ini (Rabu) baru rasa betul-betul pulih daripada muntah-muntah dan sakit perut, tak ingat dah bila kali terakhir saya keracunan makanan seteruk ini," katanya ketika dihubungi mStar.

ruhainies 2

Ruhainies dikejarkan ke hospital selepas alami muntah-muntah dan sakit perut.

Sebelum itu, pelakon drama Cukup Derita Itu ini berkongsi mengenai keadaan kesihatannya menerusi laman Instagram pada pagi Rabu.

Meskipun kondisi tubuh masih belum pulih sepenuhnya, Ruhainies berkata dia tetap meneruskan kerja seperti biasa.

Alhamdullilah sekarang ini keadaan saya semakin baik!

RUHAINIES

PELAKON

Ini kerana dia enggan menyusahkan pihak lain jika mengambil cuti sakit.

"Sehari selepas keluar hospital saya terus bekerja macam biasa, memang rasa tersiksa kerana badan belum okay... saya terpaksa ambil ubat untuk tahan sakit.

ruhainies 3

Ruhainies teruskan kerja kerana enggan menyusahkan produksi.

"Tapi saya tetap teruskan kerja dan gagahkan diri kerana tak mahu menyusahkan orang lain. Bayangkan dua hari menahan sakit, telefon pun saya tak boleh nak pegang, saya cuma mampu selesaikan kerja dan berehat.

"Terima kasih kepada produksi drama kerana sangat memahami, mereka bagi saya call time (waktu kerja) lewat untuk hari berikutnya.

"Alhamdullilah sekarang ini keadaan saya semakin baik. Pesanan saya, jaga diri dan kesihatan ya. Tak kisahlah berapa kuat anda bekerja, berapa banyak duit anda dapat, kesihatan tetap nombor satu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain