suria

[VIDEO] Tangisan Talita di kubur Siti Sarah buat ramai sebak, anak gadis Shuib tak dapat tahan air mata rindukan ibu

Talita tidak dapat menahan sebak ketika menziarah pusara arwah ibu

RINDU yang tiada penghujung. Meskipun lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib dan anak-anaknya.

Terbaharu, video Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memujuk anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara Siti Sarah mengundang sebak ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ibu bagi ‘green light’ kahwin lagi, Shuib mula kenal seseorang... Terfikir siapa nak terima duda anak 4

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib jalani pemeriksaan mental setiap minggu, bimbang kesihatan terjejas rindukan Allahyarham Siti Sarah

Rata-rata turut bersedih dan bersimpati melihat kanak-kanak itu menangis dan mengesat air mata sambil dipeluk Shuib.

"Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik... Dekta kuat.

shuib 1

Ana-anak sentiasa rindu arwah ibu

"Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah ya... sentiasa doakan untuk ibu di sana.

"Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak," tulis beberapa netizen.

Sementara itu di Instastory, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun.

Matin akan teringat, akan rindu daddy

ARIQ MATIN

"Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?" tanya Shuib.

Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti.

"Matin akan teringat, akan rindu daddy," jawab Matin.

shuib 2

Shuib bersama Ayash

Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shuib, Siti Sarah Raissuddin

Artikel Lain