suria

Anak Azhar Sulaiman dituduh main cinta dengan suami orang… Wanita dakwa Leona kikis RM3,000 sebulan

Leona dituduh jalin hubungan istimewa dengan suami orang.

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said yang mendakwa Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga menyebabkan duit simpanan mereka habis.

Wanita tersebut membuat dakwaan itu secara terang-terangan menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Azhar dan meminta aktor itu bertanggungjawab terhadap tindakan Leona cuba merampas suaminya.

azhar sulaiman 2

Leona kongsi perbualan Azhar bersama Azira.

Malah individu itu turut mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya Azhar tidak memulangkan wang berkenaan.

"Tanya Kasih Iris Leona tentang wang yang digunakan sepanjang mempunyai hubungan dengan suami saya.

"Kira semua jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk bayar hotel, tiket penerbangan, makanan dan semua yang berkaitan dengan percutian ketika dia ada hubungan dengan suami saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azhar Sulaiman akui bukan mudah tegur anak, nak angkat rotan dah tak sesuai... Hanya mampu doa agar berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tak pandai didik anak jadi Islamik, Azhar Sulaiman akan selesaikan sendiri masalah dengan netizen - “Lepas satu... satu lagi isu!”

"Untuk pengetahuan, anak awak telah menghabiskan duit saya sebanyak RM3,000 sebulan. Minta dia kembalikan wang saya selepas mengambilnya dengan memperdayakan suami saya," katanya.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa ada sebarang niat untuk berkahwin dengannya.

Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai scammer dan cuba memperdayakan suaminya.

Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya

KASIH IRIS LEONA

"Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis," katanya lagi.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Azhar turut menghubungi dan menghantar pesanan mesej WhatsApp kepada wanita itu bagi meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya.

Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini.

azhar sulaiman 3

Leona bersama ibu bapa dan dua adik-beradiknya.

Leona yang turut berkongsi tuduhan tersebut di Twitter mendapat respons pengikut yang turut cuba menghubungi nombor telefon Nor Azira.

Ramai mendakwa wanita tersebut adalah seorang scammer dan sengaja mahu megambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

Leona turut menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi satu perkongsian Instagram Story miliknya.

"Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain.

"Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain