suria

[VIDEO] Tak percaya kembali bergelar isteri selepas 17 tahun punca air mata tumpah, sifat lucu suami tambat hati Mas Idayu

LINANGAN air mata Mas Idayu sejurus sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada pagi Jumaat seolah-olah menceritakan sesuatu sehingga penyanyi itu tidak dapat menahan tangisannya.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, dia mengalirkan air mata kerana tidak menyangka selepas 17 tahun hidup bersendirian dia kini sudah mempunyai teman hidup yang dapat mengisi kekosongan dihatinya selama ini.

"Alhamdulillah, 17 tahun saya hidup bersendirian, sekarang saya sudah mempunyai teman hidup.

"Itu membuatkan saya rasa sebak dan mengalirkan air mata," katanya.

masidayu

Mas tidak dapat menahan air matanya sebaik sah bergelar isteri Sufian.

Terdahulu, Mas yang popular menerusi lagu Cintaku 100% bergelar isteri kepada Sufian dengan sekali lafaz menerusi majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Masnum Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz, linangan air mata iringi majlis pernikahan

ARTIKEL BERKAITAN: Pentas ‘Lagu Cinta Kita’ jadi saksi... Rupa-rupanya anak atur pertemuan Mas Idayu dengan Sufian Isa

Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin kepada Mas berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dalam pada itu, Mas memberitahu dia tergerak hati untuk mencari teman hidup sekitar dua tahun lalu apabila timbul rasa sunyi dalam diri selepas sudah terlalu lama hidup bersendirian.

Selepas mengenalinya, saya suka karakternya yang kelakar dan apa sahaja dia lakukan pasti akan membuatkan saya ketawa.

MAS IDAYU

PENYANYI

Ketika itu dedah Mas, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sehinggakan dia tidak tahu untuk membuat pilihan sehinggalah bertemu dengan Sufian.

"Sebelum ini saya memang tidak percaya dengan mana-mana lelaki tetapi dua tahun kebelakangan ini saya mula rasa sunyi dan ingin seorang teman.

"Setiap hari saya berdoa agar dan pada ketika itu ada beberapa lelaki mula 'masuk' cuma saya tidak tahu untuk memilih mana sesuai.

"Sehinggalah datang orang yang saya suka (Sufian) dan saya rasa Sufian pilihan paling tepat," katanya.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 11.01.21 AM

Pasangan ini akan membawa anak-anak mereka bercuti tidak lama lagi.

Berkongsi lanjut tentang Sufian, Mas memberitahu suaminya itu seorang yang kelakar dan kualiti itu membuatkan dia tertawan dengannya.

"Mula-mula dulu, Sufian nampak seperti orang yang sombong dan ketika itu saya tertanya-tanya siapa dia sebenarnya.

"Namun selepas mengenalinya, saya suka karakternya yang kelakar dan apa sahaja dia lakukan pasti akan membuatkan saya ketawa," katanya.

Sementara itu, pasangan ini memberitahu masih belum merancang untuk berbulan madu kerana sibuk dengan pelbagai tugas.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 10.59.33 AM

Mas menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 daripada Sufian.

Bagaimanapun kata Mas, sekiranya ingin berbulan madu, mereka akan membawa anak-anak dalam percutian itu nanti.

Untuk rekod, Mas pernah berkahwin dengan aktor Aman Graseka pada 1997 namun mereka bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Manakala Sufian yang juga seorang duda mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain