SETIAP kali berkongsi kisah percutian, pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa menjadi tumpuan peminat kerana terpegun dengan kemewahan dan destinasi luar biasa yang dipaparkan di media sosial. Terbaharu, pasangan itu sekali lagi mencuri perhatian apabila mereka dilihat menempah sebuah pesawat untuk membawa kesemua kaki tangan mereka bercuti ke sebuah pulau peranginan di Pantai Timur. Hairul dan Hanis dipercayai membawa rombongan tersebut ke Pulau Redang, Terengganu untuk bercuti selain menjalani penggambaran produk terbaharu keluaran syarikat mereka. Menerusi video yang dikongsikan, ramai memuji sifat murah hati aktor berkenaan yang sanggup mengeluarkan belanjag besar untuk menghargai semua staf. Hairul turut berkongsi aktiviti mereka di Pulau Redang. Kagum melihat percutian mereka, ada juga dalam kalangan netizen yang secara bergurau ingin bekerja dengan pasangan itu demi merasai percutian mewah seperti itu. "Produk tak kenal, tapi banyak duit. Memang susah nak jumpa orang macam ini. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bertuahnya Hairul Azreen! Selepas kapal layar, jutawan Vincent Tan ajak naik jet peribadi pula ARTIKEL BERKAITAN: Percutian mewah jadi tarikan, peminat syak Hairul Azreen Sultan Pemurah "Bang, kalau ada nak tolong tarikkan beg beritahu, saya free! Saya boleh jadi babysitter bertauliah. "Bang, banyak lagi seat kosong, nak ikut sama!," komen netizen. Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah mencuri tumpuan apabila mereka dilihat menaiki jet peribadi milik jutawan ternama, Tan Sri Vincent Tan. Malah mereka juga pernah menaiki sebuah helikopter hanya untuk membawa keluarga pergi bercuti. Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Yusof Iskandar, 6 dan Alissa Aisyah, 3 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI