suria

Ramai salah sangka ibu Ernie Zakri meninggal dunia, rupanya mak saudara... “Maaf mungkin ada yang salah faham”

Ernie beri penjelasan di Instastory bahawa ibu saudaranya yang meninggal dunia.

CIAPAN di Twitter yang ditulis penyanyi Ernie Zakri berkaitan kehilangan seorang ahli keluarganya menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen kerana menyangka ibunya meninggal dunia.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, bagaimanapun menjelaskan ciapan tersebut ditujukan kepada ibu saudaranya iaitu Aishah Mohd yang meninggal dunia pada Rabu.

"Maaf mungkin ada yang salah faham. Ibu saudara yang meninggal dunia. Bukan ibu saya. Terima kasih untuk doa-doa kalian," katanya.

Ernie membuat penjelasan itu di Instastory miliknya.

Kapsyen yang ditulis Ernie telah menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikut

Dalam pada itu, Ernie menyifatkan ibu saudaranya itu sebagai seorang yang baik hati dan berasa sedih atas pemergiaannya yang dipanggil sebagai Umi.

"Saya kehilangan orang yang saya sayang hari ini. Ibu saudara saya yang sangat baik hati. Saya sangat sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ku Bersuara’ dapat sambutan pendengar, Ernie Zakri tampil kisah sambungan dalam ‘Astana’

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri teruja pertama kali nyanyi lagu ciptaan sendiri di SFMM37... Bukan mudah bersaing dengan ramai komposer hebat

"Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu hingga sekarang. Al-Fatihah," katanya.

Meskipun ramai salah faham namun pengikutnya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ernie dan mendoakan kesejahteraan ke atas arwah.

"Takziah buat Ernie dan seluruh keluarga. Semoga Allah kurniakan darjat tertinggi dan diampunkan segala kesilapannya sepanjang hayat di dunia.

Peminat ucap takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah ibu saudara Ernie

"Semoga diampunkan segala dosa arwah umi Ernie dan ditempatkan dikalangan yang beriman. Semoga Ernie sekeluarga tabah menerima ujian kehilangan insan tersayang. Semoga Allah gantikan kesedihan ini dengan satu rezeki yang lebih baik," komen netizen.

Terdahulu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini menulis kapsyen di akaun Twitter miliknya bahawa seseorang yang istimewa dalam hidupnya telah pergi dan netizen beranggapan bahawa Ernie kehilangan ibu tersayang.

"Kami telah kehilangan seseorang yang istimewa pada hari ini. Sentiasa istimewa di hati saya. Umi saya. Al-Fatihah," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain