suria

Syifa Melvin dan Safawi Rashid timang bayi lelaki, pilih nama Saif Sulaiman

Syifa dan Safawi timang anak pertama pada Sabtu.

PELAKON dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada petang Sabtu.

Suami Syifa iaitu pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rashid, 26, memaklumkan isterinya selamat bersalin pada pukul 5.28 petang.

Syafawi turut berkongsi mereka memilih nama Saif Sulaiman Muhammad Safawi untuk bayi pertama mereka itu.

"Masya-Allah, Tabarakallah... Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, pukul 5.28 petang," katanya menerusi hantaran di Instagram.

syifa1 - 1

Safawi mengumumkan isterinya hamil pada Jun lalu.

Sementara itu, Syifa menerusi Instastory miliknya pula mengucapkan syukur atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang... Saif Sulaiman,” ujarnya.

Sebelum itu, Safawi ada memuat naik foto memakai pelitup muka dipercayai sedang berada di hospital dipercayai sedang menanti kelahiran anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin, Safawi Rashid bakal timang anak lelaki... aksi Syatilla melompat pula bikin kecoh

ARTIKEL BERKAITAN: "Aidiladha dari dua setengah"- Syifa Melvin kongsi foto perut sudah besar, titip doa buat mereka sedang menanti zuriat

Safawi turut memohon doa agar urusan isterinya itu dipermudahkan dan sempat mengucapkan kata cinta buat Syifa.

“Semoga dipermudahkan urusan untuk isteri saya Syifa... saya sayang awak sangat,” katanya.

Untuk rekod, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, dan Safawi mendirikan rumah tanga pada 28 November tahun lalu di Kuala Lumpur dalam sebuah majlis tertutup.

Safawi sebelum ini mengumumkan kehamilan isterinya itu ketika selesai perlawanan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon pada Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain