suria

“Siapa tak kenal Rizalman, why not?” - Busana suku juta Haliza Masyuri buat ramai ternganga, bertatahkan 83,900 batu Swarovski

Haliza tampil bergaya dengan busana berharga RM250,000.

KEMUNCULAN pengasas jenama Bawal Exclusive Haliza Masyuri yang menggayakan busana berharga RM250,000 pada malam Magnificent Century yang diadakan pada malam Sabtu mencuri perhatian ramai.

Manak tidaknya, busana mewah rekaan pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim menerusi jenama Rizalman Couture itu turut dihiasi 83,900 batu Swarovski dan memakan masa selama setahun untuk disiapkan.

Tidak hanya itu, pakaian berkenaan turut dihasilkan menggunakan tangan sepenuhnya.

"Saya sudah rancang hasilkan baju ini sejak awal tahun dan akhirnya terhasilkan busana menggunakan fabrik khas dari United Kingdom.

Bawal-6-1

Haliza bersama suami, Mohd Rosli Awang.

"Ia mengambil masa selama hampir setahun untuk disiapkan memandangkan ia dijahit menggunakan tangan.

"Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki tetapi agak sukaar kerana perlu mencuba dan berulang alik ke sana.

"Jadi satu-satunya pereka fesyen yang dapat memenuhi kehendak saya adalah Rizalman. Apa saya mahu, beliau sudah dapat menjiwainya," katanya.

Haliza berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis makan malam bertemakan Magnificent Century di Sunway Hotel Resort dengan lebih 800 tetamu hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau pakai, kalis api neraka ke? Ini kisah sebenar di sebalik tudung RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Untung si bulus hidup mewah, pengasas tudung layan kucing macam anak... Siap tempah rantai emas, sambut ‘birthday party’

Berkongsi lebih lanjut mengenai busana mewah berona merah itu, Haliza tidak kisah untuk berbelanja lebih sekali gus memberi tanda sokongan kepada pereka fesyen tempatan.

"Saya beli sepersalinan pakaian dengan harga RM250,000 yang dihasilkan orang seni. Why not? Siapa yang tidak kenal dengan Rizalman?

"Malam ini dihadiri oleh pihak Swarovski yang diterbangkan daripada Austria semata-mata untuk majlis makan malam.

"Saya memang nak pihak Swarovski melihat busana saya dan sokongan rakyat Malaysia terhadap Bawal Exclusive," ujarnya.

Bawal-9-1

Haliza berpuas hati dengan hasil kerja Rizalman.

Pada malam tersebut, Bawal Exclusive turut membuat bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur.

Ia bermula dengan harga serendah RM25 serta berjaya dibida dengan harga RM78,000 dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).

Malah pada acara berkenaan turut mempamerkan koleksi-koleksi yang direka khas oleh pereka kreatif Bawal Exclusive yang berharga antara RM10,000 sehingga RM113,000.

Acara tersebut juga meraikan pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain