suria

Kandungan cecah 6 bulan, Intan Ladyana berdepan alahan teruk... Anak sulung pula tak mahu berenggang

Intan dan Harris sedang menanti kelahiran anak kedua.

BAKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Intan Ladyana memberitahu usia kandungannya kini sudah mencecah enam bulan.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, bagaimanapun memilih untuk merahsiakan jantina kandungannya terlebih dahulu.

Kata Intan, kehamilan keduanya ini sedikit menguji apabila mengalami alahan yang teruk berbanding yang pertama.

Intan sedang menanti kelahiran anak kedua.

Intan bersama anak sulungnya Evie.

"Sekarang dah enam bulan... alahan lebih sikit berbanding yang pertama.

"Jantina dah tahu tapi saya masih nak rahsiakan lagi... nanti tunggu saya buat gender reveal. Boleh tengok Instagram saya.

"Yang kedua ini agak memenatkan sedikit sebenarnya sebab kena jaga anak pertama sekali," katanya kepada mStar.

Intan berkongsi perkara itu semasa ditemui di tayangan perdana Banglo Seksyen 12 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat syak Intan Ladyana hamil, Harris Alif sahkan bakal timang cahaya mata kedua

ARTIKEL BERAKITAN: Harris Alif mahu ikut Intan Ladyana masuk dewan bersalin, teringin lihat sendiri proses lahirkan anak

Berkongsi lebih lanjut, Intan berkata pengalaman mengandungkan anak kedua sedikit berlainan berbanding yang pertama.

Katanya, anak sulungnya iaitu Evie Khadeeja lebih manja malah sentiasa mahukan perhatian penuh darinya.

"Dia jenis yang tak boleh nak berenggang langsung.

"Rasa double penat dia... dulu kalau penat boleh berehat dan tidur sekarang kena tunggu yang itu tidur dulu," kongsinya.

Snapinsta.app_332746776_1616671145422931_6896372112171881365_n_1080

Intan bersama Harris dan Evie semasa menyambut ulang tahun kelahiran.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama mStar, Harris atau atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 24, mengesahkan Intan kini sedang berbadan dua selepas penampilan isterinya menjadi perhatian netizen.

Untuk rekod, Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie yang hampir memasuki usia dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Intan mengakui dia tidak tertekan dengan pelancaran filem pertamanya yang berjudul Banglo Seksyen 12 bakal ditayangkan pada 25 Januari nanti.

Bagaimanapun dia lebih berasa bimbang tentang penerimaan penonton terhadap filem tersebut kerana diinspirasikan dari sebuah novel yang terkenal.

b

Banglo Seksyen 12 merupakan arahan pertama Intan.

Menurut Intan, penggambaran filem seram ini dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik melanda negara.

Disebabkan itu, filem ini terpaksa dirombak semula selain turut mendapat pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa pembikinannya.

"Saya tak stress mana kerana pihak MIG yang membantu, mungkin cuma sedikit berdebar kerana ini filem pertama saya.

"Tapi cabaran utama saya dalam mengarahkan filem ini tentunya pandemik... sebabnya saya terpaksa mengubah beberapa perkara kerana ketika itu penggambaran tidak boleh dilakukan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain