suria

[V] Kredibiliti dipersoal netizen, Ustaz Don Daniyal belajar tentang hadis sejak diploma

PENDAKWAH bebas Ustaz Don Daniyal berasa pelik apabila netizen membuat andaian dia hanya pakar dalam bidang tajwid dan tidak pernah belajar mengenai hadis.

Sebaliknya, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, menjelaskan sejak menyambung pengajian di peringkat diploma dia mengambil subjek berkaitan hadis.

“Selalu orang cakap macam itu (kepakaran dalam tajwid bukan hadis), yang saya hairan macam mana mereka (netizen) tahu subjek yang saya belajar?

size NP 1 (87)

Don belajar ilmu hadis ketika di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Sebab dalam diploma dan ijazah sarjana muda saya ada subjek hadis, terutama ketika belajar di peringkat diploma.

“Masa saya diploma pun saya pergi kelas pengajian hadis, tapi saya okay sahaja,” katanya kepada mStar.

Don menjelaskan perkara itu pada sidang media tergempar yang diadakan di Putrajaya pada malam Jumaat.

Pendakwah itu tampil membuat sidang media berkenaan bagi menjelaskan beberap isu dan salah faham berkaitan dirinya sejak kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ustaz Don tak tipu hadis, video pendek punca salah faham... Sudah tunjuk bukti kepada pihak autoriti

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas bersiaran semula, Ustaz Don direhatkan terus daripada program ‘Salam Baitullah’

Berkongsi cerita dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kontroversi membabitkannya pada 10 Jun lalu, Don memberitahu pertemuan itu berjalan lancar.

Malah kata Don, pihak Jakim juga menganggap isu dibangkitkan sebagai perkara kecil kerana perbezaan pendapat perkara umum dalam perbincangan ilmiah.

“Ketika saya bertemu pihak Jakim, mereka sendiri kata isu saya ni kecil sahaja dan menjadi lumrah dalam perbincangan ilmu.

“Disebabkan itu, selepas saya berjumpa pihak berautoriti, kebenaran saya kembali bersiaran di rancangan itu tanpa ada apa-apa huraian,” jelasnya.

size NP 1 (86)

Don berkata pihak Jakim anggap isu kontroversinya hanyalah perkara kecil.

Khamis lalu, nama Don kembali hangat diperkatakan apabila dia berkongsi mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah ketika kembali muncul dalam program Salam Baitullah di TV1.

Kenyataan tersebut dikatakan tidak merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbul percanggahan pendapatan.

Sebelum ini, Don juga pernah direhatkan selama seminggu daripada rancangan tersebut selepas mengupas tentang isu kekasih pertama Nabi Muhammad SAW yang juga dianggap tanpa sokongan dalil sah.

Bagaimanapun selepas sehari dibenarkan bersiaran, timbul pula kontroversi terbaharu sehingga menyebabkan tugasnya ditamatkan serta merta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain