suria

Pelik jual emas pukul 2 pagi, rupanya IG Mierul Aiman kena godam... Sedang ikhtiar dapatkan semula akaun

Instagram milik Mierul telah digodam.

PELAKON Mierul Aiman memaklumkan akaun Instagram (IG) miliknya yang mempunyai lebih 250,000 pengikut telah digodam pada awal pagi Selasa.

Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata dia terkejut apabila pengurusnya yang dikenali sebagai Aznie menghantar mesej memaklumkan bahawa terdapat hantaran pelik di Instastory miliknya.

Justeru itu, Mierul berkata pihak pengurusannya kini sedang mencari jalan bagi mendapatkan semula akaun berkenaan.

Mierul dan pihak pengurusannya sedang berusaha untuk mendapatkan akaun IG semula.

Mierul dan pihak pengurusannya sedang berusaha untuk mendapatkan akaun IG semula.

"Semalam selepas sidang media drama dalam pukul 2 pagi pengurus saya hantar mesej memberitahu ada hantaran asing di Instastory saya.

"Bila saya mahu log masuk memang dah tak boleh. Saya cuba cara yang terbaik untuk mendapatkan semula akaun itu. Sekarang ini team saya tengah berikhtiar cari jalan untuk mendapatkannya kembali.

"Kita lihat bagaimana dalam dua tiga hari ini, kalau tak mungkin saya akan buka akaun baharu," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman belum terfikir sambung pengajian ijazah sarjana, mahu fokus bidang lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mierul Aiman terkejut gosip bercinta dengan cucu kenamaan, tak pernah selidik latar belakang kenalan

Dalam pada itu, Mierul memberitahu dia reda menerima ujian yang diberi dan berharap pengikut di Instagram tidak terpedaya dengan sebarang hantaran yang dibuat terutamanya jika melibatkan dengan wang ringgit.

Mierul bagaimanapun bersyukur kerana foto-foto miliknya di dalam akaun tersebut masih lagi ada dan tidak dipadam.

"Itulah saya tidak boleh buat apa juga, zaman sekarang ini memang banyak kes godam berlaku. Kalau nak jadi, jadi juga.

"Saya harap pengikut saya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang perkongsian di IG saya buat masa sekarang.

"Setakat ini saya lihat akaun IG itu tidak ada ubah atau padam mana-mana foto saya, cuma tambah gambar jualan mereka itu sahaja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain