PELAKON Diana Danielle berlapang dada menerima sebarang keputusan berhubung prosiding penceraiannya dengan suami iaitu aktor Farid Kamil yang akan berlangsung pada 20 November depan. Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata dia enggan mengulas berkenaan isu penceraian itu sebaliknya mengharapkan yang terbaik untuk semua pihak. "Apa-apa pun (keputusan) saya akan terima. Diana tenang menjawab segala soalan orang ramai. "Saya tidak akan komen apa-apa berkenaan perkara peribadi, cuma saya harapkan biarlah hasilnya positif. "Tetapi saya akan terus berjuang dan terbang," katanya kepada mStar. Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelantikan duta kafe B&G Recipe yang diadakan di Damansara, Selangor pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Diana memberitahu dia kini lebih selesa untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk mengadu segala kesedihan yang dialami. ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle fail cerai pagi ini, harap kes rumah tangga dengan Farid Kamil segera selesai ARTIKEL BERKAITAN: Ketika Diana Danielle nak fail cerai, Farid usaha pujuk kongsi surat cinta usia 12 tahun Kata Diana, dengan bersujud serta berdoa membuatkan dia rasa lebih tenang dan berharap dapat memperbaiki diri menjadi seorang muslimah lebih baik. "Saya bukan nak cakap sangat tentang hal ini tapi buat masa ini saya hanya fokus dengan solat sahaja. "Apa sahaja pahit manis yang saya lalui, waktu bersujud itulah saya meluahkan apa yang dirasai dan daripada situ saya mendapat ketenangan. "Saya juga berharap dapat menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan sentiasa berpegang kepada kekuatan yang diberikan oleh Allah," ujarnya. Kita tak boleh bergantung pada manusia, sebab kalau kita nak bangunkan diri kita itu adalah diri kita sendiri. DIANA DANIELLA PELAKON Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diterima daripada keluarga dan rakan terdekat membuatkan dirinya jadi lebih kuat. Malah, pelakon filem Imaginur ini turut menitipkan nasihat kepada semua untuk tidak bergantung harap kepada manusia. “Kawan-kawan, rakan media yang beri semangat. Kawan sekolah yang kenal saya dari kecil, yang tahu saya macam mana. Sudah tentu ibu saya juga dan peminat juga yang banyak beri kata-kata positif. “Sebenarnya kita tak boleh bergantung pada manusia, sebab kalau kita nak bangunkan diri kita itu adalah diri kita sendiri. Macam mana orang nak bantu pun, kalau kita sendiri tak cari kekuatan itu, tak lama la. Diana harap pengakhiran yang baik buat dia dan Farid. “Bagi saya, anak-anak adalah tunjang utama kepada semangat bukan saja kuat tapi untuk menjadi lebih baik. Saya harap apa yang berlaku beri sinaran kepada semua pihak," katanya. Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk. Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa. Diana ke mahkamah pada 4 November lalu untuk failkan penceraian kali kedua. Diana bagaimanapun menafikan perkara itu malah menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp. Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube