suria

[V] Shuk Sahar bersumpah tak pernah cakap isteri beban, pilih diam isu rumah tangga enggan keruhkan keadaan

PELAWAK Shuk Sahar bersumpah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menganggap isterinya adalah beban sementara rakan-rakan adalah punca rezeki.

Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, menjelaskan dia sendiri tidak mengetahui kenyataan itu daripada siapa sehingga menyebabkan isterinya iaitu Fara Salleh tergores hati. 

“Saya bersumpah di bulan Ramadan ini yang saya tak pernah keluarkan kenyataan isteri beban, rakan-rakan punca rezeki.

Fara (kanan) memfailkan cerai terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

Fara (kanan) memfailkan cerai terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

“Malah saya tak tahu perkara itu keluar daripada mulut siapa,” katanya kepada mStar.

Shuk berkongsi perkara itu ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura pada Jumaat.

Dalam pada itu, Shuk berpegang dengan pendirian tidak akan berkongsi sebarang perkara melibatkan hal rumah tangga bersama Fara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan dedah isteri larang Shuk jumpa anak, siap kongsi ‘screenshot’ kata-kata kesat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha perbaiki rumah tangga, isteri fail cerai terhadap Shuk Sahar

Shuk berkata, buat masa ini fokusnya hanyalah pada perniagaan yang sedang dijalankan di Singapura dan menyerahkan selebihnya pada Allah SWT.

“Saya tetap dengan pendirian tidak mahu berkongsi perihal rumah tangga.

“Sebab saya di Singapura memang niat nak bekerja dan serahkan segalanya kepada Allah,” katanya. 

Saya bersumpah di bulan Ramadan ini yang saya tak pernah keluarkan kenyataan isteri beban. 

SHUK SAHAR

PELAWAK

Shuk juga enggan mengulas tindakan isterinya yang didakwa sudah memfailkan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor bulan lalu.

Sebaliknya kata Shuk, dia menghormati situasi Fara yang sedang hamil ketika ini dan enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Tiada apa-apa komen fasal cerai, saya serahkan semua pada Fara sebab sekarang dia sedang mengandung.

Shuk ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan di Singapura.

Shuk ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan di Singapura.

“Saya cuba cari dia di hospital tapi nombor saya disekat di seluruh platform, jadi sekarang tak dapat nak berkomunikasi dengan dia, kali terakhir dua minggu lepas sebelum masuk bulan Ramadan” jelasnya.

Sebelum ini, Fara meluahkan rasa bengang terhadap Shuk dengan mendakwa pelawak itu sebagai suami yang tidak bertanggungjawab.

Malah dakwa Fara lagi, Shuk sentiasa melebihkan rakan-rakan berbanding memikirkan keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung.

Shuk dan Farah bernikah pada November 2023.

Shuk dan Farah bernikah pada November 2023.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain