suria

[V] Setahun naik turun mahkamah, PU Azman harap 2024 bawa sinar baharu

PU Azman berharap tahun 2024 memberi sinar baharu dalam hidupnya.

MELALUI fasa berat dalam kehidupan dengan turun naik mahkamah sepanjang tahun ini, Pencetus Ummah (PU) Azman berharap 2024 bakal memberi sinar baharu.

Bersyukur dengan segala dugaan, Azman atau Azman Syah Alias, 42, juga meletak harapan keputusan perbicaraan melibatkan kes amang seksual di Mahkamah Sesyen Klang pada 26 Disember ini akan berpihak kepadanya.

"Harapan saya akan mendapat keputusan terbaik.

"Saya bersyukur apa yang telah berlaku tahun ini dan semoga tahun depan lebih baik. Doakan saya," katanya kepada pemberita.

WhatsApp Image 2023-12-15 at 14.22.53 (1)Azman bersama peguam ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat.

Azman atau lebih mesra disapa Cik Man berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai perbicaraan kes sama di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Pada prosiding berkenaan, saksi kesebelas yang juga merupakan salah seorang pengadu tampil memberi keterangan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengulas tentang perbicaraan berkenaan, peguam mewakili Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad memaklumkan ia memakan masa lama kerana melibatkan pengadu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes amang seksual PU Azman disambung semula, hakim perintah prosiding secara tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu remaja buat pendedahan PU Azman minta anaknya ambil minyak di bilik atas dan sapu pada kemaluan

"Saksi merupakan pengadu dan dia memberi keterangan seperti yang diperlukan.

"Ia tidak boleh didedahkan sebab melibatkan pengadu kanak-kanak.

"Disebabkan hari ini keterangan pengadu maka ia memang mengambil masa," jelasnya.

Sementara itu, Mohamad Zahid memaklumkan perbicaraan di Seremban akan disambung semula pada 22, 23, 24 dan 26 April 2024.

553Azman kelihatan ceria ketika hadir ke mahkamah.

Di Mahkamah Sesyen Seremban, Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Hadi Hakimi Harun, Goh Hsiao Tung dan Zahida Zakaria.

Manakala dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Klang, Azman berdepan dua tuduhan melakukan amang seksual secara fizikal yang dilakukan pada 20 Februari dan 10 Jun tahun lalu di Sungai Udang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain