Pasukan Uruguay menjulang trofi Copa Amerika selepas berjaya menundukkan Paraguay pada final di Buenos Aires, awal pagi Isnin.DIEGO Forlan menjaringkan dua gol kemenangan ke atas Paraguay selepas Luis Suarez membuka jaringan awal pada perlawanan akhir Copa Amerika yang berlangsung di Buenos Aires, awal pagi Isnin.Kemenangan ini sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun tanpa trofi kejuaraan selepas kali pertama bergelar juara pada tahun 1995. Forlan, pemain terbaik Piala Dunia 2010, menjaringkan gol kedua pasukan sebelum tamat separuh masa pertama, manakala gol ketiga pada minit ke-90 permainan.kini Uruguay selangkah ke hadapan dari Argentina yang kecewa dengan kekalahan pada sainagn suku akhir melalui sepakan penalti sebelum ini.Manakala bekas juara lapan kali, Brazil turut tersingkir awal apabila kalah pada saingan sama melalui sepakan penalti ketika bertemu Paraguay.