suria

ARRC: Kurang Latihan Punca Pelumba YY Pang Tidak Menyerlah

YY Pang (tengah) bersama dua pelumbanya, Azhar (dua, kanan) dan Adib (dua, kiri).
YY Pang (tengah) bersama dua pelumbanya, Azhar (dua, kanan) dan Adib (dua, kiri).
YY Pang (tengah) bersama dua pelumbanya, Azhar (dua, kanan) dan Adib (dua, kiri).

PENGURUS pasukan Motul Yamaha YY Pang, Pang Yoke You tidak meletak sasaran tinggi buat dua pelumbanya, Mohd Azhar Abdul Jalil dan Mohd Adib Rosley yang beraksi dalam kategori Underbone 115cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2012 yang akan beerlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, hujung minggu ini.

Sebagai pengurus berpengalaman yang telah melahirkan ramai nama-nama besar termasuk Rosnizam Mohd Noor yang kini menjadi pemilik dan pengurus pasukan Motobert, dia berpendapat sukar untuk dua pelumba muda itu menyaingi kehebatan pelumba-pelumba Indonesia dalam saingan Underbone 115cc kerana terdapat banya perlumbaan menggunakan jentera underbone di Indonesia.

Berbeza dengan Malaysia di mana platform utama untuk pelumba-pelumba mengembangkan bakat hanyalah Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijalankan sebanyak 10 pusingan setahun.

Melihat kepada scenario ini, pengurus yang lebih dikenali sebagai YY Pang itu hanya menetapkan Azhar dan Adib mampu menamatkan perlumbaan di Litar Autopolis minggu ini di kalangan lima pelumba terbaik.

"Pelumba Indonesia begitu handal dalam perlumbaan underbone kerana mereka menyertai banyak perlumbaan di sana.

"Antaranya ialah Motorprix, Indoprix dan Siri Perlumbaan Indorace selain perlumbaan kategori satu pengeluar. Walaupun berhadapan dengan jadual perlumbaan yang cukup padat, ini menjadikan pelumba-pelumba mereka cukup kompetitif kerana menerima latihan yang banyak,” katanya.

Tambah YY Pang, mekanik pasukan turut mendapat faedah hasil eksperimen terhadap pelarasan jentera dan alat ganti yang pelbagai.

"Jika di Malaysia, Azhar dan Adib masih dianggap sebagai pelumba baru namun setakat ini, pencapaian mereka boleh dikatakan agak menakjubkan.

"Catatan masa mereka tidak jauh ketinggalan berbanding dengan pelumba di hadapan dan sewaktu di Zhuhai (Pusingan 3), Adib menamatkan perlumbaan di tempat keenam, pencapaian terbaiknya setakat ini. Dengan sedikit latihan dan bimbingan, saya percaya mereka mampu mencatat masa lebih baik dan sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan di tempat kelima kali ini," katanya.

Dalam senarai keseluruhan, Adib kini menghuni tangga ke-11 dengan 22 mata manakala Azhar di tangga ke-19 dengan 11 mata.

Tangga teratas menjadi milik pelumba Indonesia, Hadi Wijaya (Yamaha Yamalube KYT R9 Tunggal Jaya) dengan mengumpul 122 mata sambil diekori Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dengan 88 mata dan Rey Ratukore (Nissin R9 KYT Federal Oil BRT) ketiga, 76 mata.

Maklumat lanjut, sila hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), www.asiaroadracing.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain