ROGER Federer menewaskan Alejandro Falla dengan straight set 6-3 6-3 6-4 untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis, malam Ahad. Pemain pilihan kedua yang juga juara 2009 itu antara yang membuka langkah awal di gelanggang tanah liat pada hari ini. Federer nyaris tewas di tangan Falla pada pusingan pertama kejohanan Wimbledon pada 2010. Pemain Switzerland itu akan bertemu sama ada Marcel Granollers dari Sepanyol atau pemain Jerman, Matthias Bachinger. Selepas gagal melakukan beberapa pukulan kilas, Federer yang masih belum memenangi kejohanan Grand Slam sejak Wimbledon pada 2012, bangkit menghentikan langkah Falla pada set ketiga untuk meneruskan kemaraan.