Ng Yan Yee, berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik selepas menamatkan saingan acara 3m papan anjal wanita individu dalam kelompok 12 penerjun yang melangkah ke peringkat akhir, Sabtu.
Pada saingan separuh akhir di Aquatic Palace, Kazan, Rusia pada Jumaat, Yan Yee menamatkan saingan berkongsi tempat ke-11 dengan penerjun Ukraine, Olena Fedorova dengan mengumpul 296.10 mata.
Saingan separuh akhir itu dimonopoli penerjun dari China, Shi Tingmao dan He Zi dengan masing-masing mengumpul 381.90 dan 371.40 mata, sementara Jennifer Abel dari Kanada ditempat ketiga dengan 353.90 mata.
Seramai 18 penerjun terbaik sahaja mara ke peringkat separuh akhir.