HUJAN lebat di New York memaksa perlawanan separuh akhir wanita Terbuka Amerika Syarikat (AS) ditunda pada malam Khamis ke Jumaat. Pemain No.1 dunia, Serena Williams dijadualkan bertemu Roberta Vinci dari Itali. Simona Halep yang juga pemain pilihan kedua kejohanan akan bertemu Flavia Penneta di Flushing Meadows. Kedua-dua perlawanan separuh akhir kategori lelaki dan wanita kini akan berlangsung pada Jumaat. Perlawanan wanita akan diadakan pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) manakala kategori lelaki akan dimulakan pada pukul 3 hingga 5 petang Jumaat. Marin Cilic akan menentang pemain pilihan utama kejohanan, Novak Djokovic manakala Roger Federer akan menentang Stan Wawrinka.