suria

Terbuka AS: Vinci Lakar Kejutan Tewaskan Serena

Vinci meraikan kemenangannya.

NEW YORK: Pemain Itali, Roberta Vinci melakukan kejutan apabila menewaskan Serena Williams yang juga pemain pilihan utama kejohanan, 2-6, 6-4, 6-4 pada aksi separuh akhir yang berlangsung awal pagi Sabtu.

Kekalahan itu memusnahkan impian Serena untuk merebut semua kejuaraan Grand Slam sepanjang tahun ini.

Pemain Amerika itu hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk menjadikannya pemain wanita keempat membolot kesemua empat kejohanan utama tenis bagi tahun ini.

"Saya enggan bercakap mengenai kekecewaan saya. Tapi saya ingin beritahu anda semua bahawa saya tidak tertekan untuk menang di sini," kata Serena.

Pertembungan final kali ini menyaksikan penguasaan pemain Itali apabila Vinci akan bertemu rakan senegaranya, Flavia Pennetta yang menewaskan pemain dari Romania, Simona Halep 6-1 6-3, pada aksi lebih awal.

Serena Williams, Terbuka AS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain