JURULATIH Middlesbrough, Aitor Karanka mahu melakar kemenangan peribadi ketiga di Old Trafford ketika menentang Manchester United dalam saingan Piala Capital One pada Khamis pagi. Karanka yang merupakan bekas pemain Real Madrid penah membantu skuadnya menewaskan United 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2000 di Old trafford. Kemudian pada 2013 ketika menjadi penolong jurulatih kepada Jose Mourinho di Real Madrid, pasukannya sekali lagi menewaskan United dengan jaringan 2-1. Berikutan itu Karanka mahu kemenangan ketiga ketika dia menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih Middlesbrough semasa menentang United kali ini. "Kami tidak mampu bermain dengan baik - semua orang menjangka kami akan tewas. "Tetapi memori saya di Old Trafford semuanya manis, cuma ia agak berbeza kali ini. Ini Middlesbrough bukan lagi Real Madrid," katanya.