suria

Hyun-il Yakin Chong Wei Mampu Raih Emas Olimpik

Hyun-il (kiri) dan Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Lee Hyun-il dari Korea Selatan berkata faktor usia bukan penghalang bagi Datuk Lee Chong Wei untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik.

"Usia bukan menjadi masalah...Chong Wei mampu meraih pingat emas," kata pemain berusia 35 tahun, Hyun-Il. Hyun-il yang kini berada di ranking ke-15 dunia, berkata ia adalah petanda yang baik bagi Chong Wei untuk merangkul sesuatu kejuaraan, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan berikutan kesalahan doping oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Sekarang beliau kembali bersaing di banyak kejohanan...selepas lama tidak beraksi. Ia petanda yang baik dia masih mampu meraih kejuaraan," kata Hyun-ilketika diminta mengulas mengenai kejayaan Chong Wei memenangi Terbuka Perancis pada Ahad lepas.

Hyun-il ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kelab Badminton Bandar Muar dan Tokio Marine Insurance Group, pada Rabu.

Bekas pemain nombor satu dunia yang kini berada di ranking ke-19 dunia, Chong Wei, 33, meraih gelaran ketiganya pada Terbuka Perancis selepas menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan.

Chong Wei pernah menjuarai kejohanan berkenaan pada 2007 dan 2011.

Lee Hyun-il, Lee Chong Wei

Artikel Lain