suria

GP Abu Dhabi: Rosberg Tutup Musim 2015 Dengan Trofi Juara Ketiga Berturut-Turut

NICO Rosberg merekodkan kejuaraan ketiga berturut-turut selepas meraih kemenangan pusingan terakhir Formula satu (F1) musim 2015 di Grand Prix Abu Dhabi, Ahad malam.


Pelumba Mercedes kelahiran Jerman itu mengetepikan rakan sepasukan, Lewis Hamilton di kedudukan kedua dengan mencatat masa terpantas 1:40.237.

“Austin (Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia) yang membuatkan saya bangkit dan terus kekal hingga ke pusingan akhir di sini.

“Ia sesuatu yang menarik kerana dapat menamatkan musim ini dengan memori indah dan akan bercuti dengan gembira,” jelas Rosberg selepas menerima trofi kejuaraan yang keenam keseluruhan musim ini.

Selain Grand Prix Abu Dhabi, Rosberg telah meraih kejuaraan di Brazil, Mexico, Sepanyol, Monaco dan Austria.

Sementara itu, Kimi Raikkonen meraih tempat ketiga selepas bersaing rapat dengan rakan sepasukan Ferrari, Sebastian Vettel yang akur di kedudukan keempat.

Selain penyampian trofi kemenangan, turut berlangsung selepas itu ialah penyampaian anugerah juara pengeluar musim ini yang dinobatkan kepada pasukan Mercedes (703 mata) setelah mendominasi perlumbaan sejak dari awal musim.

“Tahun yang amat menakjubkan. Saya sangat gembira dan pastinya penghormatan kepada seluruh pasukan ini.

“Kami telah menunjukkan bahawa Mercedes-Benz adalah pasukan yang terbaik di dunia,” jelas Hamilton.

Manakala pengeluar Ferrari jauh ketinggalan dengan berada di tempat kedua, 428 mata diikuti ketika dari pasukan Williams, 257 mata.


KEPUTUSAN PENUH PERLUMBAAN F1 GRAND PRIX ABU DHABI:

1.Nico Rosberg - Mercedes 1h 38' 30.1751

2. Lewis Hamilton - Mercedes 55+ 8.271

3. Kimi Räikkönen-Ferrari + 19.430

4.Sebastian Vettel- Ferrari+ 43.735

5.Sergio Pérez-Force India + 1:03.952

6.Daniel Ricciardo-Infiniti-Red Bull + 1:05.010

7.Nico Hülkenberg-Force India + 1:33.618

8.Felipe Massa-Williams+ 1:37.751

9.Romain Grosjean-Lotus+ 1:38.201

10.Daniil Kvyat- Infiniti-Red Bull+ 1:42.371

11.Carlos Sainz Jr-Toro Rosso+ 1:43.525

12.Jenson Button-McLaren54 

13.Valtteri Bottas-Williamsat 

14.Marcus Ericsson-Sauber  

15.Felipe Nasr-Sauberat 

16.Max Verstappen-Toro Rosso

17.Fernando Alonso-McLaren

18.Will Stevens-Marussia

19.Roberto Merhi-Marussia 

20.Pastor Maldonado-Lotus 55 laps (DNF)

Abu Dhabi, F1, Nico Rosberg

Artikel Lain