KUALA LUMPUR: Pelumba trek sensasi negara Mohd Azizulhasni Awang gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya acara pecut lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Velodrom Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Jumaat. Pelumba berusia 28 tahun dari Dungun, Terengganu itu sekadar menamatkan saingan di tempat ke-28 daripada 34 peserta. Hanya 24 pelumba layak ke peringkat seterusnya. Acara ini dianggap sebagai pemanas badan untuknya sebelum memulakan cabaran dalam acara kegemarannya, keirin yang dijadual pada 6 Mac ini. Pada Sabtu, Fatehah Mustafa akan turun beraksi dalam acara pecut wanita. - BERNAMA