suria

Pemuda BN Sarawak Bantu Masalah Kewangan Watson

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan perjumpaan dengan Watson Nyambek yang dilaporkan muflis akibat menanggung hutang kerana membiayai rawatan ayahnya yang kemudian meninggal dunia dua tahun lepas. 

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perjumpaan dalam masa terdekat itu bagi memahami dan mencari jalan membantu pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu.

"Ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anak jati Sarawak itu dalam mengharumkan nama Bumi Kenyalang dan masih mempertahankan rekod kebangsaan itu sejak 1998 dengan catatan 10.30s," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Watson, pelari pecut itu popular dengan gelaran 'Flying Dayak'.

Sebuah media tempatan dalam laporan berita dalam talian melaporkan Watson,40, menanggung hutang lebih RM100,000 dengan bank bagi membiayai kos rawatanayahnya yang menghidap kanser telinga sebelum merebak ke mata.  

Bagaimanapun Watson memberitahu Bernama di Miri bahawa beliau amat kecewa terhadap penulis artikel yang mendedahkan status kewangannya itu dan menyifatkannya sebagai "tidak beretika dan tidak profesional". 

Katanya, perbuatan itu boleh menjejas kerjayanya sebagai jurulatih dari segi penajaan dan kredibilitinya.-Bernama

Watson Nyambek, Pemuda BN Bantu

Artikel Lain