suria

Everton Lantik Ronald Koeman Sebagai Pengurus Baharu

KELAB Everton telah melantik Ronald Koeman sebagai pengurus baharu musim depan bagi tempoh tiga tahun.

The Toffees akhirnya berjaya memujuk pengurus kelahiran Belanda dari Southampton itu untuk menguruskan skuad di Goodison Park bagi memastikan kempen musim depan yang lebih baik.

Pengurus sebelum ini, Roberto Martinez diberi peluang menguruskan perlawanan terakhir liga musim lalu sebelum meninggalkan kelab gara-gara mencatat keputusan hambar dengan berada di posisi ke-11 keseluruhan setelah tiga musim bermain di Liga Perdana.

"Saya sangat teruja dilantik sebagai pengurus Everton. Saya percayakan kelab dan pasukan ini, serta penyokong dan kita mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan di masa depan.

"Everton merupakan sebuah kelab yang bersejarah dan mempunyai cita-cita tersendiri sekaligus memberikan perasaan yang baik buat saya untuk merencanakan skuad dengan baik bersama-sama dengan Pengerusi dan Farhad Moshiri.

"Saya bersedia untuk bertemu dengan sesiapa sahaja di kelab ini  dalam persediaan penting bagi menghadapi saingan musim baharu nanti," jelasnya.

Sebelum ini Koeman telah menguruskan kelab Vitesse Arnhem, Ajax, Benfica, PSV Eindhoven, Valencia, AZ Alkmaar, Feyenoord dan Southampton.

Ronald Koeman, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Lain