PEMAIN tengah Real Madrid, Casemiro mengalami kecederaan patah kaki semasa perlawanan menentang Espanyol pada Ahad lalu. Casemiro diusung keluar padang selepas minit ke-19 ketika pasukan itu mencatatkan kemenangan 2-0 di gelanggang lawan. Real tidak menjelaskan berapa lama tempoh pemain Brazil itu akan direhatkan. Namun laporan media di Sepanyol membayangkan Casemiro akan diketepikan selama tiga minggu. Pemain berusia 24 tahun itu melakukan lima penampilan dalam semua perlawanan bersama Madrid musim ini.