suria

Rosberg Kuasai Tiga Latihan Bebas Di Litar Suzuka

Nico Rosberg.

SUZUKA: Pendahulu kejuaraan dunia Nico menamatkan sesi latihan bebas ketiga perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun di tempat pertama.

Pelumba Jerman itu menamatkan perlumbaan di litar Suzuka sepanjang 5.8 kilometer dengan catatan masa 32.092 saat.

Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull yang juga juara GP Malaysia Ahad lalu sekadar menamatkan saingan di tempat kedua, ketinggalan 0.302 saat di belakang Rosberg.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pula menamatkan sesi latihan terakhir itu di kedudukan ketiga.

Juara dunia, Lewis Hamilton yang berada di belakang Rosberg pada sesi latihan bebas pertama dan kedua hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Pelumba Britain itu yang ketinggalan 23 mata di belakang Rosberg yang juga rakan pasukannya dengan baki lima perlumbaan musim ini, kelihatan terdesak untuk merekodkan tiga kemenangan berturut-turut di Suzuka bagi menghidupkan peluang mempertahankan gelaran juara dunia.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen, Kimi Raikkonen (Ferrari) dan Felipe Massa (Williams) antara yang mendahului Hamilton pada sesi latihan ketiga itu pada Sabtu.



Nico Rosberg, GP F1 Suzuka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain