suria

Masalah Penalti Man City Bantu Arsenal Ke Persada Liga

Reaksi pemain Manchester City, Sergio Aguero selepas gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Everton. -fotoREUTERS

LONDON: Arsenal menyertai Manchester City di puncak Liga Perdana Inggeris selepas pemain City mengalami sekali lagi masalah penalti ketika seri 1-1 dengan Everton.

Sebaliknya Arsenal yang berjaya mencipta kemenangan 3-2 ke atas Swansea City meletakkan mereka setaraf dengan City pada kedudukan 19 mata.

Walau bagaimanapun City kendalian Pep Guardiola kekal sebagai pendahulu liga dengan perbezaan gol.

Tottenham Hotspur yang memulakan perlawanan hari ini di tempat kedua, terlepas peluang untuk mara ke atas dengan seri 1-1 ke atas West Bromwich Albion namun berjaya melindungi rekod sebagai satu-satunya pasukan tanpa kalah dalam liga.

City kini telah terlepas empat daripada lapan penalti musim ini.

Sehubungan itu Guardiola untuk berpendapat: "Para pemain mempunyai kualiti untuk menjaringkan penalti tetapi kita terlepas banyak peluang.

"Diharapkan kami akan menjaringkan lebih banyak gol pada masa depan."

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain