PETALING JAYA: Ia adalah pengakhiran yang sempurna untuk beregu lelaki badminton negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016. Pasangan V Shem-Wee Kiong berjaya menjuarai Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Mereka menewaskan beregu Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 21-19 dalam masa 40 minit. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu menerima US$84,000 (RM376,000) bagi kejayaan menakjubkan tersebut.