suria

T-Team, Terengganu Diharap Juarai Liga Musim Ini

Ahmad Razif Abdul Rahman dan Timbalan Presiden PBSNT Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (kiri) menunjukkan jersi baharu Terengganu selepas merasmikan majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pasukan di Kompleks Sukan Gong Badak pada Sabtu. Foto:Bernama

KUALA NERUS: Terengganu bertekad untuk merangkul salah satu kejuaraan dalam Liga Malaysia musim ini yang disertai dua pasukan dari negeri pantai timur itu, T-Team dan Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Terengganu akan bermain di Liga Perdana dan T-Team di Liga Super. 

"Jadi kita harap mereka dapat bermain bermati-matian untuk membawa pulang kejuaraan yang dinantikan para penyokong," katanya selepas majlis pelancaran jersi serta memperkenalkan pasukan bola sepak dan hoki Terengganu.

Menurutnya bagi memburu kejayaan musim ini, akan berlaku pertukaran pemainhampir 40 peratus bagi memantapkan pasukan sedia ada dan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih.

Ahmad Razif yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) berkata pihaknya juga tidak akan berkrompromi dengan mana-mana pemain yang tidak menunjukkan aksi memberangkan serta terlibat dalam masalah integriti.

"Jadi kita harap para pemain menunjukkan kesungguhan dan mencapai tahap yang membanggakan...selain itu kita tidak akan bertolak ansur dengan pemain yang mempunyai masalah disiplin," katanya.

Beliau berharap pemain dapat mengambil aura dari pemain sensasi Mohd Faiz Subri yang berjaya mengharumkan nama negara menerusi tendangan gol yang menarik.

Sementara itu Ahmad Razif berkata lebih RM30 juta diperlukan bagi menampung kos kedua-dua pasukan bola sepak itu, bagaimanapun pihaknya masih belum memutuskan jumlah peruntukan untuk disalurkan kepada pasukan Terengganu danT-Team.

"Pada tahun lepas peruntukan kira-kira RM39 juta untuk kedua-dua pasukan itudan pada tahun ini kita jangka akan meningkat dengan adanya sumbangan daripada para penaja," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain