suria

Benam Sunderland, City Rampas Kembali Tangga Ketiga

MANCHESTER City merampas kembali tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Sunderland 2-0 di Stadium of Light, awal pagi Isnin.

Pasukan tuan rumah hampir mencetuskan detik cemas kepada City apabila Jermain Defoe nyaris menghadiahkan gol pendahuluan pada minit ke-20 tetapi percubaannya dinafikan palang gol.

Pemain bintang City, Sergio Aguero melegakan pasukan pelawat apabila membuka tirai jaringan hasil umpanan David Silva pada minit ke-42.

Ketika babak kedua bersambung, Aguero membuat hantaran tepat kepada Sane untuk disudahkan dengan sempurna.

Ia adalah jaringan keenam Sane dalam 10 perlawanan.

City kini hanya dibezakan dengan lapan mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Pengurus City, Pep Guardiola memuji persembahan anak buahnya dan mengakui Sunderland sukar dijinakkan.

"Mereka amat sukar dikawal, tetapi nasib baik pemain tidak hilang tumpuan pada aksi itu.

"Namun sayang sekali jarak kami dengan Chelsea agak jauh. Kami masih cuba mengejar pasukan lain," katanya.

Kekalahan itu turut meletakkan Sunderland di kedudukan tercorot selepas hanya memenangi lima daripada 27 perlawanan.
Chelsea, Sunderland, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain