suria

Costa Sedia Buat U-Turn

KHABAR gembira menanti penyokong Chelsea apabila penyerang bermasalah, Diego Costa dikhabarkan mahu kekal bersama kelab itu bagi mengakhiri kemelutnya dengan pengurus Antonio Conte.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu dikhabarkan mahu kembali menyarung jersi Atletico Madrid selepas dimaklumkan oleh Conte bahawa dia tiada dalam perancangan pengurus tersebut pada musim depan.

Lebih membangkitkan kemarahan Costa, Conte hanya menghantar mesej untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

Namun Costa sedia 'beralah' dan memberi harapan baharu buat Chelsea selepas juara Liga Perdana Inggeris itu gagal mendapatkan penyerang untuk menggantikannya.

Walaupun membuat bidaan lewat untuk mendapatkan penyerang Everton, Romelu Lukaku, tetapi pemain kelahiran Belgium itu semakin hampir menyertai pasukan musuh, Manchester United dengan bayaran 75 juta pound sterling.

Chelsea juga mahu mendapatkan penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dan pemain Torino, Andrea Belotti tetapi tiada tawaran yang dikemukakan setakat ini.

Jika Costa kekal, sekurang-kurangnya Chelsea dapat menjimatkan wang untuk membeli penyerang baharu dan pastinya Conte lebih gembira apabila penggempur berbisanya membuat keputusan tepat. - Metro.uk

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain