suria

V Shem-Wee Kiong kandas

GOLD COAST: Juara bertahan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terkandas di pusingan separuh akhir acara beregu lelaki Sukan Komanwel.

Pemenang pingat perak temasya Sukan Olimpik Rio 2016 itu bermula cemerlang sebelum tewas 21-15, 16-21, 15-21 kepada Marcus Ellis-Chris Langridge dari England.

Mereka akan bertemu pasangan dari Sri Lanka Sachin Dias-Buwaneka Goonethilleka lewat hari ini untuk merebut pingat gangsa.

Ellis-Langridge akan berdepan Satwik Rankireddy-Chirag Shetty dari India bagi penentuan pingat emas.

Wee Kiong amat kecewa.

"Kami tahu harapan yang diletakkan kepada kami untuk mencatatkan kemenangan tetapi mereka mengubah taktik pada permainan kedua dan kami tidak boleh mengikut rentak tersebut," kata Wee Kiong.

Dalam pada itu, V Shem berkata mereka cuba untuk bangkit tetapi pasangan dari England itu bermain dengan bagus.

"Kami tidak boleh menghentikan mereka. Ia amat mengecewakan," katanya.

Sukan Komanwel

Artikel Sebelum

Chong Wei mara ke final

Artikel Berikut

Artikel Lain